Travelogue to Hat yai with Navara

Bermulanya pagi 11 Mei 2017.

Seawal 8.00 pagi kami dah memulakan perjalanan. Aku, suami, aan (anak ke 4), ayang (anak ke 3) dan adik cha (anak bungsuku) menaiki NAVARA.

Kami tunggu anik (anak ke2) dan isterinya dengan menaiki MYVI kuning ku. Keterujaan kami menyebabkan perut kami pandai meminta-minta untuk diisi. Apa-apa pun, kita makan duluuuu. Kami makan kat keadai makan dekat dengan Masjid Tanah Merah. Alas perut kata suamiku.


Pukul 9.15am kami melangkah keluar dari bandat Tanah Merah. Kami terus ke Rantau Panjang. Kami singgah di stesen minyak yang berdekatan untuk memenuhkan tangki minyak kereta-kereta kami kerana kata orang minyak kat Thailand mahal. Mmmmm logik la kalau mahal pun sebab negara Thailand mana ada minyak pun. Yang tak logiknya negara kita yang jual mahal sedangkan sumber minyak kita ada. Sampai je kat pintu gerbang sempadan , wahhhhh makin teruja rasanya kami. Banyaknya kereta yang berderet menunggu giliran untuk masuk ke Sg Golok. 


Kami parking di depan pejabat imigresen Thailand, Sg Golok. Isi borang untuk pemegang border pass. Rupa-rupanya urusan kami di luar pejabat itu. Jadi kami terpaksa lah berjalan ke pondok cop border pass. Mmmm agak tidak sistematik sikit tapi itu kan sistem negara mereka, jadi ikut je la kan.


Haaaa masalah pertama dah jumpa. Bila kami nak beli insurans kereta, hanya sebuah kereta je yg lepas, navara. Myvi xlepas. Aduuushh… kata pengawai situ sebab dua2 kereta tu atas nama suami aku semua. Tersangkut la. Sebab nanti dikhuatiri myvi tu kononnya dilarikan org. Haaa kan.


Maka suami dan chik (ala lupa nak perkenalkan dari awal citer td. Chik ni anak sepupu suami aku yg menetap di rp tp selalu berulang alik ke pattani atas urusan perniagaan. Sebenarnya suami aku ni ramai juga sepupu sepapat dan sedaranya kat golok. Kebetulan chik nak ke pondok pattani, nak pick up adiknya yg bsekolah kat situ.)

mmmm balik pd citer pasal kereta td. Suami dan chik membuat keputusan berpatah balik ke bandar pasir mas utk ke pejabat majestrit utk angkat sumpah pengesahan kereta tu. Kami tggu di kedai wak isa, anak sepupu suami aku yg lain pula, kebetulan menjual roti canai di sg golok. Kami lepak kat situ. Tunggu…….. Alhmdlh….pkl 12.15 siap prosedur itu. Haahh lega rasanya.

Kami meneruskan petjalanan pkl 1.30 petang. Setting jam bermakna sekarang baru pkl 12.30 tghr. Lewat sejam dari malaysia.


Kami mencari kedai telefon utk beli simkad thailand. 
Perjalanan diteruskan. Kami singgah ke rumah Nuar, anak sepupu suami ku (lagi….wah ramai betul sedara suami aku nih)


Minum air dan solat jamak di rumahnya. Gambar yang kiri sekali, itu lah chik. Yang tengah-tengah tu, berkain pelikat berbaju kemeja tu, Nuar. Kanan sekali isteri Nuar dan anak perempuannya yang tinggal di Krabi.


Pkl 3.00 baru Kami menyambung perjalanan ke pattani utk hantar chik ke pondok di situ. Chik ni alumni pondok Baba Zid Padang Pusu Pattani di situ.

Ini lah pondok itu. Kami sangat-sangat rasa bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk singgah dan melihat suasana pondok itu. Betapa hebatnya hati dan kesungguhan insan-insan terpilih ini untuk mendalami ilmu agama di situ, mempelajari kitab-kitab lama. Betapa kerdilnya terasa diri di sisi insan-insan sebegini….. Mereka bukan sahaja dari penduduk Pattani itu sendiri tetapi ramai pelajarnya dari Malaysia. Aku cukup kagum….

Finally we are arrived at Regency Hotel at 8.30 pm thailand. Alhamdulillah. Syukur padaMu, ya Allah….


Uuuhhh so exhausted.

Luckily we used waze. Check in and take a rest in a room. 10.00 pm we going out for fill up our stomach. We use tuk tuk and we decided to eat tomyam, khailan dan yg special goreng sambal petai. Wah….best giler. Lebih-lebih lagi bila perut sedang meminta-minta untuk di isi nih…

Adik cha (faqif amsyar) very excited bila pertama kali naik tuk-tuk malam tu.

Hari ke 2….

Selamat Pagi…….

Wah…..kembara kami bermula lagi. Bangun pagi-pagi. Bersedia untuk bersarapan dan meneruskan agenda-agenda kami. Tak sabar rasanya.

Possing la sikit kan sebelum keluar….

Ini la tuk-tuk. 

Memang best la perkhidmatan Man, tuan punya tuk-tuk ni. Kami mengambil keputusan untuk membayar pada Man 1500bath (lebih kurang rm192, mmmmm duit kita dah makin murah nilainya kan..) untuk satu hari perjalanan kami nanti. Jadi aturcara kami yang pertama….KITA MAKAN DULU……

Man bawa kami makan di satu Restoran Hamid, restoran muslim, melayu Thailand. Agak terkejut juga bila kat situ ada jugak Nasi Dagang. Kami order roti canai dan nasi kerabu. Pergghh memang terangkat la nasi kerabu dia. Mabeles betullllll…

wah…..Aqma… sila-sila makan…

haaa,,, ingat yek no plate tuk-tuk ni.

terbaik la perkhidmatannya. Hai…bergaya ayang, my only gegurlz saya tau..

Destinasi seterusnya kami ke Muzeum 3D. Kat Penang pun ada muzeum ni kan….

nak masuk kena bayar tiket dulu dan selipar dibuka. Harga tiket 300bath (rm38.40) seorang.

Mula-mula kami dipersembahkan Magic Show. sori lah, kami tidak dibenarkan merakamkan atau mengambil gambar semasa magic show itu berlangsung. Selepas itu kami mula lah berjalan-jalan meneroka setiap gambar dalam Muzeum 3D tuh.

 

gambar ni kena tegakkan kalau nak nampak real adik cha dan anik sedang memanjat dinding.

aku sedang meneroka dunia dalam piramid…..


Kami meneruskan aturcara seterusnya, ke CHANG PUAK CAMP. Ia merupakan tempat yang kami tertunggu-tunggu nak pergi…naik belakang gajah.


Sampai ke kat sana, Man tggalkan kami kat situ, katanya dia nak pergi solat jumaat. Kami musafir….

Sampai sahaja, kami disambut oleh pekerja di situ dengan memperkenalkan pakej-pakej yg terdapat di situ.

Kami ambik pakej ELEPHANT RIDING. Tiketnya 500bath (rm64). Memang best la kan. Pemandu gajah tu (boleh ke guna perkataan pemandu nih?) membawa kami meredah masuk dalam alur air. Eeee…aku dop bayangkan kalau gajah tu mengamuk, mahunya dihumbannya kami ke dalam air tu…. Lama kelamaan perasaan takut tu bertukar jadi seronok. Wah…! Rasa macam raja dan permaisuri zaman dulu-dulu meredah hutan nak ke kampung-kampung melawat rakyat jelata. Memang pengalaman yang sangat-sangat indah.

Selesai kami di situ, Man membawa kami ke sebuah masjid untuk bersolat. Kami bersolat jamak takdim kat situ. Rupa-rupanya masjid yg kami pergi tu merupakan masjid di daerah Songkla. Tempat yang menjadi tujuan pasangan-pasangan yang nak kawin di Thailand nih. Ini adalah kerana di masjid itu lah adanya muftinya dan pegawai-pegawai agama di daerah Songkla ini. Masjid ini besar, 3 tingkat tp sangat simple tanpa sebarang hiasan-hiasan dinding, silingnya mahupun lantainya yg hanya bermozek tanpa karpet-karpet tebal seperti di Malaysia.

Kemudiannya kami dibawa ke pantai yang terkenal dengan air pancuran patung naga.

merasai tempias air dari pancuran mulut naga…..

Inilah patung “mermaid” yang diceritakan orang apabila datang ke Pantai Samila, Songkla ni. Mermaid ini bersalut warna emas. Kata warga masyarakat di situ, dahulunya masyarakat pernah melihat sosok Puteri Duyung seperti rupa patung “mermaid emas” itu. Ada yang berkata, kalau kita pegang patung itu, maka kita akan kembali semula ke pantai tersebut. Entah la betul ke tidak. Yang pentingnya aku, tak pegang pun……. 


Setelah puas melepak di Pantai Samila, yang sememangnya sebuah pantai yang cantik. Pantai yang tenang, landai dan berlekuk. Adik Cha mula membuat auta nya untuk mandi di situ. And my decision is……NO……

Man kemudiannya membawa kami menaiki tuk-tuknya ke tempat yang paing famous di Hat Yai ni……FLOATING MARKET.

Wah…..! dah macam pening nak memilih makanan kat sini. Makanan yang dijua tidak lah mahal, dalam lebih kurang 20bath atau 30bath dan biasanya tidak melebihi 50bath pun. Kalau dulu ianya lebih kyrang rm2, rm3 sahaja. Tp disebabkan nilai duit kita dah jatuh, ia dah menjadi rm2.60 atau rm3.85

Aku mencari makanan yang tidak terdapat di Malaysia. Bubur Perut Ikan kata peniaga atas perahu tu…..Pekat, likat. Mesti cuba, 30bath. Bila aku bawa makanan itu ke meja yang telah disediakan sepanjang tepi sungai itu, Anik aku yang “chef” aku tu terkejut setelah dia mencuba. “umie….bubur ni kalau di hotel, tak cukup 80 orang yang order, chef hotel tu takkan masak…” Aku tanya dia, bubur apa tuh. ” bubur sirip ikan”. Wah! Patutlah sedap je aku makan…… Adik Cha dan suami aku nak makan nasi. Katanya, lapar. Kami beli nasi goreng pataya. Peniaga tu senang je masak atas perahunya.  Nasi nampak simple tapi memang betul la nasi beras siam ni memang sedap. Patutla orang siam cantik-cantik. Berasnya lembut macam pulut. Mabeles betul……

Pada sebelah atas benteng tepi sungai itu, banyak gerai-gerai souvenir seperti menjual baju, beg, kacang-kacang dan banyak lagi lah.

                                      

Menghala jalan balik ke hotel, Man membawa kami ke ASEAN NIGHT BAZAAR. Aaaaaaa… terbuntang mata aku. Aduuuiiih apa lagi jiwa wanita untuk bershopping mula meronta-ronta. Ha ha ha….. ketawa suami aku melihat gelagat aku.

Bazaar ini 2 tingkat. Tingkat atas penuh dengan makanan. Perrggghh…aku tak tahu nak pilih makanan apa. Semua nampak sedap. Mula-mula sekali aku nak cari tandas dulu. Haaaa kena beringat2 kat sini, perhati elok-elok. Kalau kat depan pintu, dia tunjuk gambar ade ‘shower’ beerti ada la paip airnya. Kalau tak ada, jangan masuk lah, tak boleh basuh kencing la jadinya…

ini jus buah. Korang pilih je nak yang mana, dia akan ‘blend’kan je, Aku mengambil kesempatan memilih buah-buahan yang aku suka. Pandai-pandai ‘mix’ sendiri. Betullah kalau orang kata Hat Yai ni ‘syurga makan-makan’.

Maka lengkaplah pakej yang Man buat untuk kami sehari dengan tuk-tuknya.  Walaupun terasalah juga ralatnya apabila CABLE  CAR ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Jadi auturcara kami hari ini….(untuk bayaran 1500bath/rm192)

1. Makan pagi di restoran muslim.

2. Muzeum 3D

3. Chang Puak Camp (menunggang gajah)

4. Floating Market

5. Asean Night Bazaar

Akhirnya kami sampai di hotel kami menginap. Aku dan suami menyuruh anak-anak aku masuk bilik semuanya dan kami?…. Ha ha ha… Suami aku mengajak aku ‘massage’ kat kedai yang berdekatan dengan hotel kami itu. Nak relax-relax kan kaki kata suamiku. Tp di Hat Yai ni, massage kaki ni bukan setakat kat kaki ke, wahhhh sampai ke belakang dan kepala. Betul-betul best. Kami minta siap untuk buat ‘facial’ sekali. Uhhh… terlelap sekejap, feeling fresh….

Nampak tak muka kami yang dah kepenatan kerana agenda kami sepanjang hari ni…..

Selamat pagi……

Hari ke 3 di Hat Yai.

Hari terakhir kami di sini. Apa-apa pun selpie duylu pagi-pagi. Biar ceria sepanjang hari………In shaa Allah.

Aku menyuruh anak-anakku mengemas barang-barang dari malam tadi lagi untuk mengelakkan dari tertinggal barang semasa kami check out nanti.

Pagi-pagi lagi kami ke restoran Hamid, macam semalam jugak. Man, sudah sedia menunggu kami dengan Tuk-tuknya. Rasa tak puas menikmati nasi kerabunya. Sebenarnya aku ni jenis tak suka sangat nasi kerabu kalau beli, suka buat sendiri. Begitu juga dengan anak-anak aku. Aku belajar buat NASI KERABU GOLOK dari arwah ibu mentuaku. Tapi nasi kerabu kat Hat Yai ni, peeerrgggh memang tersangkut la.

Buat kai terakhir aku dan famili aku di Hat Yai ni, kami nak beli pulut durian dan pulut mangga. Man membawa kami ke tempat peniaga Muslim. Memang sangat-sangat berbeza dengan pulut kat Malaysia. Kami beli buat bekal dan berhajat untuk membuka bekal itu di stesen minyak. Kalau awak semua nak tahu, stesen minyak di Thailand ni sama seperti R&R kita. Selesa.

Jpeg

Kami ke Pasar Hat Yai. Besar pasarnya. Kami ke kedai menjual barang-barang steel. Apalagi anik, anak aku yang ‘chef’ tu…. Dia mengambil keputusan untuk membeli sebiji dapur yang akan dia guna bila berjual kat bazar Ramadhan nanti. Puashatinya.

Kami kembali me hotel until check out. Setelah selesai semis, kami pun nak bertolak balik me Malaysia.

Entah macamana tiba-tiba Aan bagitahu yang dia nak cari beg galas utk dibagi sebagai souvenir pada kawan dan ckg nya. Aku dan ayang turun dari kereta untuk meneman kan Aan.Jadi suamiku terpaksa la parking kereta di tepi jalan. Tiba-tiba datang seorang lelaki memberitahu supaya suami aku parking arah ke depan sikit sebab tuk-tuk lain nak parking kat situ. Suami aku menganjak ke depan sikit. Tak lama kemudian seorang polis Thailand datang dan mula bercakap dalam bahasa Thailandnya. Suami aku tak memahaminya. Dia berkeras nak ambik beg sandang yg dipakai suamiku. Suamiku cuba menahannya. Rupanya polis itu meminta lesen memandu dari suamiku. Nak menyaman la tu…. Aduuuuushhh… Suami ku hanya menyebut “no, no, no. Regency Hotel…” sambil menunjuk-nunjuk ke arah hotel kami yang memang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai tu. Suami aku cepat-cepat menggerakkan kereta masuk ke ruang parking d hotel tu. Pucat muka suamiku. Segera suami aku telepon Man, driver tuk-tuk tu. Nasib baik polis tu tak ikut. Sekali lagi Man datang menolong. Allahurabbi… Man kata kalau polis Thailand saman, panjang lah ceritanya. Nanti kena naik court la.

Akhirnya Man suruh kami follow tuk-tuknya dan dia akan bawa kami terus masuk lebuhraya menghala balik ke Malaysia. Allahu, baiknya hati dia. Allah permudahkan.

Jpeg

Kami meneruskan perjalanan menghala balik ke Malaysia. Sampai di Pattani, kami singgah solat di Masjid Kerisek atau di kenali sebagai Masjid Sultan Muzaffar Syah. Pusat pentadbiran Islam negeri Pattani Darul Salam dahulu kala.

Masjid Kerisek. Masjid yg satu2 nya tak siap dan tak akan disiapkan setelah pengeboman di buat dulu semasa kerajaan raja mongkut. Berusia lebih dari 500 tahun.

Sempat singgah jap kat sini, mencari peluang utk bersujud….

Aku cuba selami keliling dinding dalam dan siling masjid…..

Dinding dr batu bata merah yg dicampur dgn kulit2 kerang dan telur sebagai pelekat…. Tapak sekelilingnya merupakan istana dan tapak pentadbiran negeri Pattani Darul Salam. Tp sayangnya telah dibakar oleh kerajaan Siam yang hendak menjajah negeri Pattani Darul Salam itu.

Innalillah…..kepada yg telah syahid dalam menegakkan islam di pattani. Terutamanya panglima perang Sheikh Abdul Samad yang dipenggal kepalanya dan dibawa ke Bangkok. Manakala badannya disemadikan di Chenok.
Allahuakhbar……

JpegJpeg

Kebetulan sebelah petang kami singgah, ade pasar malam kat situ. Wah sempat lepak la dulu kami, makan kat situ.

Lepas makan kami bertolak pulang. Dari situ ia memakan masa lebih kurang 1.30 jam lagi untuk sampai di Pekan Sg. Golok.

Sepanjang perjalanan kami nak ke Pekan Sg. Golok, kami  tak banyak bersembang. Gelap, malam. Takut pun ada bila melintasi daerah yang sering dikatakan berlaku pergolakan. Perjalanan agak sunyi. Jarang-jarang baru ada kereta yang berselisih dengan kereta kami. Berdoa dalam hati agar perjalanan kami tidak diganggu.

Alhamdulillah…..kami selamat sampai di Pekan Sg. Golok tepat pukul 9.30 pm. Puuhhhh lega. Pagar sempadan antara pekan Sg. Golok dengan Rantau Panjang akan ditutup pukul 10.00 pm. Kalau kami terlewat sampai, bermaksud kami terpaksa mencari hotel di pekan Sg. Golok. Mmmmm…akan lebih menakutkan kami.

Tepat pukul 10.10 pm, kami sudah pun berada Rantau Panjang, Malaysia. Alhamdulillah….

Kami berhenti solat di surau stesen minyak Caltex Rantau panjang. Seterusnya kami menghala terus ke Tanah merah.

Alhamdulillah…..selamat sampai kat rumah pukul 11.15 malam…..

Semuga diberi Allah pada kami untuk travelogue ke negara lain pula kerana bagi ku….BELAJAR DAN BERJALAN-JALAN UNTUK LEBIH MENGENALI ALLAH.

Wallahua’llam..terima kasih ya Allah kerana peluang ini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s